Home » » Masalah Komputer Yang Selalu Restart Sendiri

Masalah Komputer Yang Selalu Restart Sendiri

Written By Ahmad Subhan Husein on Saturday, 13 November 2010 | 05:15

Salah satu masaalah atau kerosakan yang selalu berlaku pada sebuah komputer adalah keadaan dimana komputer selalu restart dengan sendiri. Dalam kes  komputer selalu restart ini tentu saja sangat membosankan terutama apabila kita sedang membuat  kerja, tiba-tiba komputer restart sendiri dan kita tidak sempat menyimpan dokumen tersebut. Mengikut  pengalaman saya ada  beberapa sebab  yang membuat komputer sering restart sendiri, diantaranya adalah:

1.RAM (memori) yang rosak

RAM yang rosak juga boleh menyebabkan komputer restart dengan sendirinya.Cuba gunakan memori yang lain untuk menguji samada ram itu rosak.Sekiranya ada dua ram cuba tanggalkan salah satu untuk melihat yang mana rosak(tukar ganti untuk melihat yang mana bermasaalah..Jarang berlaku  kedua dua nya rosak secara serentak.

2. Masaalah processor panas 
 
Salah satu sebab komputer jadi hang dan restart sendiri adalah disebabkan processor yang panas.Untuk memeriksa masaalah kepanasan pada pada processor,terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan:  

  • melihat keadaan suhu processor melalui paparan pada  hardware monitor di BIOS
  • gunakan software bagi monitor kepanasan seperti Core Temp

  • dengan membuka casing CPU dan meraba sendiri temperatur pada bagian Pendingin (Cooler) Processor. 
Punca yang menyebabkan kepanasan pada Processor:
  • Kipas pada processor (fan) tidak berfungsi.
  • Sirip pada Pendingin Processor tersumbat dengan debu,selalu berlaku bila menggunakan komputer ditempat yang berdebu.Habuk habuk yang melekat mestilah dibersihkan.
  • Perhatikan juga mungkin kipas pada power supply tidak berputar.
3. Power Supply yang bermasaalah

Kemungkinan power supply membekalkan kuasa yang tidak mencukupi.Cuba gunakan power supply lain yang diketahui berfungsi dengan baik.Power supply dengan kuasa minima 500 watt adalah perlu bagi kegunaan pada komputer sekarang.

4. Kad  Grafik rosak

Kemungkinan kad grafik yang rosak.Biasanya kad grafik yang rosak cepat panas pada bahagian sirip pendinginnya .Cuba periksa kad tersebut.

5. Disebabkan bad sector pada Hardisk
 

Sekiranya terdapat bad sector pada hard disk akan menyebabkan ia menjadi hang atau muncul skrin biru.penyelenggaraan berkala seperti scan disk dan defragmenter perlu di lakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.Komputer juga hendak lah di tutup dengan menggunakan fungsi shut down.
Share this article :

Post a Comment

Setiap komentar kamu akan sangat berarti bagi saya untuk bisa menjadi lebih baik....trim,s